Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Makluman Penawaran Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Dengan Kepujian Di Malaysian Technical University Network (MTUN) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Dengan Kepujian Di UTHM Bagi Lepasan Diploma Kemahiran Malays

Adalah dimaklumkan Malaysian Technical University Network (MTUN) telah menawarkan permohonan bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Dengan Kepujian untuk sesi kemasukan 2017/2018 bagi lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang yang berkaitan. Syarat Am Universiti serta Keperluan Khas Program yang ditawarkan boleh dirujuk melalui laman sesawang universiti masing-masing. Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.upu.my bermula 6 Februari 2017.

Bagi tujuan permohonan tersebut, lepasan DKM/ DLKM boleh memohon transkrip Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pusat bertauliah di mana DKM/ DLKM diperolehi.

Prosedur bagi permohonan transkrip Persijilan Kemahiran Malaysia adalah merujuk kepada Panduan Permohonan Transkrip Bagi Pemegang Persijilan Kemahiran Malaysia.  

Sekian, terima kasih.

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .